Al-Hasan al-Basri berdiri di sisi kubur setelah selesai urusan pengkebumian sahabatnya.
Kemudian beliau memandang ke arah seorang lelaki yang berada di sebelahnya, lalu berkata :
Apakah pandanganmu jika mayat tersebut kembali semula ke dunia, apakah perkara yang akan dilakukan olehnya?
Lelaki itu menjawab :
Nescaya dia akan beristighfar memohon keampunan daripada Allah, mendirikan solat dan mempersiapkan dirinya dengan pelbagai amalan kebaikan.
Maka berkata al-Hasan al-Basri kepadanya :
Dia (mayat) tidak berpeluang lagi untuk melakukannya tetapi kamu masih belum kehilangan peluang tersebut.
Peringatan Dan Muhasabah
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
1) Ambillah peluang beribadah kepada Allah dengan melaksanakan dengan sempurna segala ibadah fardhu dan mempertingkatkan amalan sunat khususnya pada hari-hari yang mulia ini (Bulan Ramadhan).
2) Dekatkanlah diri dengan masjid, surau, majlis ilmu dan sahabat-sahabat yang baik dan berakhlak mulia.
3) Jauhilah segala perkara yang melalaikan dan hindarilah diri daripada bergaul dengan mereka yang jauh daripada Allah.
4) Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah akan dipanggil kembali kepada Allah.
5) Berdoalah semoga Allah mengurniakan husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik) kepada kita semua.
“Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk sentiasa memanfaatkan setiap detik hidup kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu.”
Sumber : tazkirah.net
Raihan - Kita Hamba
Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita selalu lengah dengan kewajiban sebagai hamba
Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa kita selalu lengah dengan kewajiban sebagai hamba
Sedang Tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
Di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insyaf dan mau bertaubat
Bagi mereka yang insyaf dan mau bertaubat
0 Comments