Cara Nak Tinggalkan Maksiat


Cara Nak Tinggalkan Maksiat
Cara Nak Tinggalkan Maksiat


Siapa tak sedih, bila berulang-ulang kali melakukan dosa yang sama walaupun dah bertekad untuk berubah. Siapa tak tertekan, bila berputar-putar pada kesilapan yang sama walaupun telah berazam untuk tidak ulanginya. Siapa yang tak menangis bila maksiat yang kita telah berjaya tinggalkan dalam tempoh yang agak lama, akhirnya kita kecundang serta mengulangi maksiat tersebut.

Siapa tidak sedih dan menangis teresak-esak tentang perkara ini? Andai kita mempunyai hati yang hidup, andai kita mempunyai iman walau secebis, pasti perasaan sedih, tertekan, resah-gelisah, gundah gulana serta sesal menghantui fikiran kita.

Namun sampai bila? Sampai bilakah kita nak ulangi dosa yang kita benci, sampai bila kita mahu terus terpenjara dalam tekanan dosa dan maksiat? Sampai bila wahai kawan?!

Penulisan kali ini, saya tulis dengan penuh rasa serba salah, dengan penuh pengharapan agar saya sendiri BEBAS dari penjara dosa yang menyeksakan ini, dengan penuh harapan penulisan kali ini dapat memberi panduan, semangat, kekuatan, inspirasi, kefahaman dan kekeliruan serta halangan yang berlaku kepada mereka-mereka yang BERTEKAD  untuk BERUBAH.

Penulisan kali ini, saya tulis dengan tangisan. Saya amat mengharapkan kita sama-sama berpimpinan tangan menuju redha Allah. Saya sudah lihat depan mata bagaimana orang saya sayang dan percaya, berubah menjadi “pelik” dan bangga dengan dosa. Oh, Allah, aku sedih dan aku menangis! Saya kalau boleh, ingin usaha sedaya upaya untuk berubah dan menjadi asbab orang lain juga dapat berubah. Benar, itulah kebahgiaan saya.

Saya akan usaha menerangkan perkara ini satu persatu, sedikit demi sedikit. Saya minta maaf andai entri kali ini menjadi panjang lebar berbanding entri-entri yang lain. Saya harap, entri saya yang panjang ini memberi manfaat walaupun pada seorang insan.

3 point penting yang kita akan selami bersama insyallah:
1)Sejauh mana taubatmu?
2)Hukum Diri kita
3)Jangan buat dosa terang-terangan

SEJAUH MANA TAUBATMU?

Ramai yang bertanya, ramai yang luahkan, ramai yang terganggu, ramai yang sedih, ramai yang lemah semangat bila terfikir tentang:

 “Adakah taubatku di terima andai aku masih mengulangi dosa-dosa ku?”

Perasaan bersalah ini menyelubungi diri ramai orang. Pelbagai bentuk soalan yang di ajukan bagi menenangkan hati yang gelisah. Antara soalan yang di ajukan kepada saya yang membuatkan saya terkedu:

“Ustaz, saya memang nak berubah, dan saya ada niat nak berubah. Saya selalu menyesal dengan dosa yang saya lakukan, tapi masalahnya, saya masih tak dapat berubah! Seolah-olah ada benda yang menghalang saya…..”
“Ustaz, saya pernah berjanji untuk tak nak ulangi dosa saya, tapi saya tewas...”
“Ustaz, macamana cara nak hilangkan benda-benda kotor dalam fikiran kita..?”
“Ustaz, macaman nak jauhi maksiat? Beritahulah pada saya. Saya akan usaha untuk berubah dengan nasihat ustaz..”
“Ustaz, andai kita tak menitiskan air mata ketika bertaubat, adakah taubat kita itu benar-benar ikhlas?”
“Ustaz, saya selalu buat dosa, kemudian taubat, kemudian saya ulang semula dosa, kemudian taubat. Tapi saya tak tahan dan ulangi dosa itu semula, kemudian taubat semula. Adakah Allah akan terima taubat saya?”

Dan macam-macam lagi.

Wahai kawan, sejauh mana taubatmu itu betul-betul ikhlas?Apakah erti taubat? Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1)Taubat maskudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat. RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2)Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Boleh je kita doa:

”Ya Allah, aku menyesal dengan dosa, ampunkan aku ya Allah, aku berazam untuk tak ulangi dosa aku ya Allah!”

Namun hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan penyesalan kita…

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.

3)Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!! 

4)Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat gila-gila. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

*****

Begitulah pengampunnya Allah. Tapi, jangan amik kesempatan! Namun, bak kata ibn qayyim:

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu maha pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan dosa…”

Kita tak tahu bila kita mati syeikh, sekali kita mati time buat maksiat, pergh… Sekali kita mati dalam keadaan kita tak taubat lagi sebab tangguh, silap besar! Sebab tu lah, jangan tangguh taubat, kalau boleh, lepas baca entri ni, terus taubat!

Ingat, taubat ni tak boleh berlakon. Ia isu HATI. Kerana sekarang, ramai yang rasa diri dia dah taubat, tapi dalam diri dia, tiada sekelumit pun rasa bersalah ketika buat dosa. Apakah?




HUKUM DIRI KITA

Saya nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat. Cara ini saya namakan:”Cara nak memanipulasi syaitan”.

Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut” kita untuk tinggalkan maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat dan dosa!

Kita pun tahu, syaitan akan suruh kita buat benda yang merugikan diri kita, dan menguntungkan dia. So, bila kita buat maksiat, ia merugikan diri kita dan menggembirakan syaitan! Tetapi, bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu cara nak memanipulasikan syiatn ni supaya boleh faham:

1)Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target:
”Setiap kali aku hisap rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!”
“Kalau aku tengok video tak elok, aku akan sedekahkan RM50 kat surau, and then aku akan puasa 3 hari!!”
“Kalau aku tak pergi solat Jemaah subuh kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!”

2)Bila kita hukum diri kita, maka syaitan akan mula ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok, dia tahu yang kita akan hukum diri kita dengan abca quran 1 juzuk, yang mana baca quran 1 juzuk tu amat merugikan syaitan dan meningkatkan iman kita berganda-ganda!!

3)Kalau dalam bahasa arab, cara ini di namakan “Iqob” yang bermaksud “denda”. Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa contoh IQOB yang sahabat buat:

“Ada sorang sahabat, time dia tengah solat sunat kat kebun, tiba-tiba time tengah solat tu, dia ternampak burung dan burung tu menyebabkan dia tak khusyuk. Lepas habis solat, sahabat tu perasan yang dia tak khusyuk dan dia menyesal. Lantas, dia hukum diri dia dengan MENYEDEQAHKAN kebun itu kepada orang islam!!!!”

Dan banyak lagi. Takut panjang, orang malas baca:)

4)Saya mahu kemukan bukti, betapa efektifnya cara ini , sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk tinggalkan maksiat! Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat!

****

KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID

Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!

Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:

“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”

Iblis jawab:

“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!

:)

KISAH ABDUL QADIR ALJAILANI (ULAMA’ DAHULU KALA)

Ada sekali tu, time subuh, ada orang kejut abdul qadir jailani untuk solat subuh. Bila abdul qadir jailani Tanya, siapakah orang yang kejut dia, lantas orang tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Pastu Abdul qadir jailani Tanya balik:

“Kenapa kau kejut aku subuh sedangkan kau iblis??!”

Iblis jawab:

“Sebab aku tahu, kalau kau tak dapat solat subuh Jemaah, kau akan hukum diri kau dengan kau pergi mengajar agama kat ribuan orang! Aku takut kalau kau mengajar ribuan orang, mereka semua dapat hidayah dan susahlah kerja aku nanti!”

:)

*****

JANGAN BUAT DOSA TERANG-TERANGAN

Serius benda ni kena take note. Sebab once kalau kita dah buat dosa terang-terangan, ia bermakna kita rasa bangga dengan dosa, dan ketika itulah bermulanya KEBINASAAN diri! Saya rasa semua sedia maklum apakah itu dosa. Saya just nak bagi contoh beberapa dosa yang sangat biasa orang buat terang-terangan tanpa rasa bersalah.

Pertama, IKHTILAT. Semua sedia maklum, apa hukum ikhtilat dan batas-batas. Kalau tak tahu, boleh baca di sini:http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
Tapi masalahnya, hari ni, ramai orang yang tahu tapi dengan bangganya ikhtilat di alam maya secara terang-terangan seperti komen mengomen “hohahoha”, sembang kosong di twitter siap mention-mention nama, komen-komen kat instagram dan lain-lain. Apakah? Apakah ini wahai kawan yang smart, macho lagi sweet?

Kalaulah rasa tak mampu nak kawal diri dari ikhtilat, janganlah sampai kita buat terang-terangan. Rasalah malu nak orang lain tahu maksiat yang kita buat. Kalau nak sangat, mesej je private, direct mesej dan yang sama waktu dengannya(walaupu itu pun salah). The point is, malulah dengan dosa yang kita buat wahai kawan! Isk , isk…

Kedua, TENGOK MOVIE DAN DENGAR LAGU LAGHO. Perlu ke kita bagi tahu orang lain tentang lagu lagho apa yang kita dengar sedangkan kita pun tahu apa hukum  dengar lagu-lagu kpop, Justin bieber, lady gaga, dan berates lagu-lagu yang berunsur haram. Kita pun tahu!

Tapi kenapa kita dengan bangganya bagitahu orang ramai yang kita sedang dengar lagu tu? Contohnya kat twitter:

“#np Baby // Justin Bieber”
“#np Gangnam Style // Psy”
“#nw  Now you see Me”

Dan lain-lain. Kalau rasa tak mampu sangat nak tinggalkan lagu lagho dan movie-movie, janganlah bagitahu orang lain dan rasalah malu dengannya! Buat sorang-sorang.

Dan banyak lagi. Saya merayu sangat, rasalah bersalah, rasalah malu. Jagalah AIB kita dan jangan bagitahu orang lain. Allah dah simpan aib kita baik-baik, buat apa kita nak bagitahu orang lain tentang dosa yang kita buat? Malu syeikh, malu. Isk isk…

*****

Sebagai pengakhiran, cara terbaik untuk tinggalkan maksiat ialah dengan buat amal soleh sebanyak-banyaknya dengan istiqomah. SOLAT tolonglah, tolonglah, tolonglah jangan tinggalkan wahai kawanku! Saya sangat-sangat merayu!

Mulalah dari sekarang, lazimi diri dengan solat, mulalah berjinak-jinak dengan quran, basahi lidah kita dengan zikir-zikir, carilah KAWAN yang support kita untuk berubah dan dampingi mereka.Ikutlah TARBIAH dan USRAH, ia adalah cara yang tunjang agar iman kita selamat!

Kerana bila kita telah “tenggelam” dalam lautan amal, maka allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat! Percayalah wahai kawan, percayalah!

Saya yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam, kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada Allah! Saya yakin kita mampu. Once kita dapat berubah, kita akan MENANGIS kegembiraan, menangis kesyukuran, menangis kebahgiaan kerana NIKMATNYA IA, dan kita akan menangis keinsafan dan ketawa sendirian, kerana pelik dengan diri kita yang suka melakukan dosa dalam keadaan ianya sesuatu yang amat menyeksakan.

Saya doakan korang. Dan saya minta, doakanlah saya! Moga Allah bagi syurga pada kita! Moga Allah bagi syurga! Saya akhiri penulisan kali ini dengan satu kata-kata:

“Pintu taubat tak akan terbuka hanya dengan sekali ketuk. Tetapi, ianya akan tebuka setelah kita ketuk berkali-kali. Dan ketika itu, kita akan menangis kenikmatan kerana akhirnya kita telah bebas  dari penjara dosa dan berlari menuju cinta Allah!”

Moga Allah bagi syurga!

Sumber : Tarbiah Sentap
Previous
Next Post »