Soalan:
Apakah pandangan Islam mengenai perkahwinan sepupu sebelah ibu ataupun ayah? Adakah ia digalakkan?

Jawapan:
Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).

Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.

Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin mengembangkan sanak saudara, lebih baik berkahwin dengan orang luar yang bukan daripada kaum kerabat sendiri. 

Sumber: www.halaqah.net