Kisah Tauladan : Menyentuh Hati




"Bos saya memandu sebuah kereta mewah setiap hari dan menjadi tugas saya untuk menyapa beliau dan membuka pintu pagar untuknya. Saya bekerja sebagai penjaga di villa mewah beliau. Tapi tak pernah sekali pun beliau membalas sapaan saya setiap hari.

Suatu hari beliau ternampak saya membuka bungkusan sampah di luar villa beliau untuk mencari jikalau ada sisa - sisa makanan. Tetapi seperti biasa beliau langsung tidak memandang pada saya seolah - olah beliau tidak menyaksikan apa - apa.

Keesokan harinya saya melihat sebuah bungkusan di tempat yang sama, tetapi ianya bersih dan makanan di dalamnya dibungkus dengan baik. Ianya masih segar dan makanan yang elok seperti ada orang yang baru membelinya dari pasaraya. Saya tak kisah daripada mana ianya datang, saya segera mengambilnya dan saya sangat gembira pada hari itu.

Setiap hari saya dapati bungkusan makanan di tempat yang sama dengan sayuran yang segar dan semua barang keperluan dapur. Ini menjadi rutin saya setiap hari. Saya menikmati dan berkongsi makanan - makanan ini dengan anak dan isteri saya.

Saya terfikir siapalah yang cuai sangat ni? Setiap hari tertinggal bungkusan yang penuh dengan makanan segar.

Suatu hari masalah yang sangat besar telah berlaku di villa. Saya diberitahu bahawa boss saya telah meninggal dunia. Ramai orang datang melawat ke villa pada hari itu dan saya tak menjumpai bungkusan makanan pada hari itu, jadi saya rasa mungkin salah seorang tetamu telah mengambil bungkusan itu. Tapi perkara yang sama berulang pada hari ke-2, hari ke-3 dan hari ke-4.

Ianya berterusan sehingga beberapa minggu dan saya mengalami kepayahan untuk menyediakan makanan kepada keluarga saya, jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan isteri bos saya dan meminta untuk menaikkan gaji saya atau saya akan berhenti bekerja sebagai penjaga di villa itu.

Selepas saya memberitahu pada isteri bos saya, beliau terkejut dan bertanya kepada saya kenapa saya tak pernah mengadu tentang gaji sepanjang 2 tahun ini? Dan kenapa tiba - tiba pula sekarang gaji tidak cukup? Saya memberikan beliau pelbagai alasan dan beliau langsung tidak percaya.

Akhirnya saya terpaksa memberitahu cerita sebenar tentang bungkusan makanan itu dan bagaimana ia mencukupkan keperluan harian saya. Beliau kemudian bertanya bilakah ianya terhenti? Saya beritahu beliau ianya terhenti selepas kematian suaminya.

Dan barulah saya sedar bahawa saya tidak menjumpai bungkusan makanan itu sebaik sahaja bos saya meninggal dunia.

Kenapa langsung tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini? Sebenarnya bos sayalah yang membekalkan makanan kepada saya setiap hari. Saya rasa mungkin sebab saya tak sangka bahawa seseorang yang tidak pernah membalas sapaan saya sebelum ini rupa - rupanya ialah seorang yang sangat baik hati.

Isterinya mula menangis dan saya memujuk beliau supaya berhenti menangis dan saya betul - betul minta maaf sebab minta dinaikkan gaji, saya tidak sangka bahawa suami puan yang menyediakan makanan pada saya setiap hari. Saya akan kekal menjadi penjaga villa ini dan saya sangat berbesar hati untuk memberi perkhidmatan saya.

Isterinya memberitahu, "Saya menangis kerana saya telah menjumpai orang ketujuh yang suami saya berikan bungkusan yang berisi penuh makanan. Saya tahu suami saya memberikan kepada 7 orang setiap hari dan saya telah menjumpai 6 orang sebelum ini dan selama ini saya memang mencari orang yang ketujuh. Dan hari ini saya telah menjumpainya.

Bermula hari itu dan seterusnya, saya mula menerima bungkusan berisi makanan lagi. Kali ini anak lelakinya yang datang ke rumah saya dan memberikannya kepada saya. Tetapi setiap kali saya berterima kasih kepadanya, beliau tidak pernah membalas sapaan saya!

Sama seperti ayahnya!

Suatu hari, saya katakan pada beliau TERIMA KASIH dengan suara yang agak kuat! Beliau membalas semula kepada saya dan beritahu supaya tidak berkecil hati jika beliau tidak membalasnya kerana beliau mempunyai masalah pendengaran , sama seperti ayah beliau!

Oh! Saya telah banyak bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka."

Berbaik - baiklah dalam berurusan dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai kepayahan mereka sendiri. Hati - hati, jangan asyik pentingkan diri sendiri. Sebelum anda menilai, ada satu perkara yang anda boleh lakukan iaitu BERTANYA.

Jangan buat kesimpulan sendiri, ianya sangat - sangat tidak bagus. Ia mungkin memberikan kesan buruk kepada kita di kemudian hari. Banyak masalah boleh timbul kerana kita tersalah tanggapan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan menilai sesuatu situasi yang kita kita tidak pernah alami sendiri. Merendah dirilah untuk pelajari sesuatu hikmah. Marilah kita ubah cara menilai terhadap diri kita dan orang lain.

Dua pengajaran daripada cerita ini, jangan terus percaya dan menilai terhadap sesuatu situasi.

Setiap orang menghadapi kesukaran yang berbeza yang mungkin kita tidak pernah tahu.

Best cerita ni.. sekadar pkongsian..
Previous
Next Post »